Assalamualaikum WBT.
Rupanya ramai yang singgah ke blog ini walaupun isinya belum up lagi, hanya tajuk sahaja. Saya mohon maaf jika anda hampa bila sampai ke blog yang masih kosong ini. Sebelum ini saya mark tajuk supaya tak lupa apa yang ingin dikongsi. Masa tengah study kat sana tu memang sibuk, tak sempat nak fokus menulis entry dengan baik. Selepas ini, saya akan bercerita pula, bagaimana saya boleh menyimpan wang elaun bulanan sehingga hampir RM 50,000.
Sebenarnya risau juga, macam-macam pandagan orang bila menulis mengenai simpanan. Ada orang tengok kita macam banyak duit, ada pula pihak yang mempunyai niat yang lain, ada pula ingat kita nak menunjuk. Namun, saya kena buang semua itu jauh-jauh. Lagipun, wang simpanan dari Elaun semasa belajar di UK itu adalah untuk saya aim bayar semula 20% pinjaman pascasiswazah tajaan MARA. Jadi, balik kepada pihak MARA, atau kepada rakyat semula lah wang itu, rotate untuk next batch pula, dan saya pun akan debt-less sebab langsaikan tanggungan dengan segera.
Sebenarnya memang rezeki saya jugalah, tak terjangka juga mampu savings dan capai aim. Di Leeds, kos sara hidup tidak terlalu tinggi berbanding London, Bristol, Birmingham, York. Kawasan sekitar Leeds seperti Manchester, Bradford dan Sheffield juga agak affordable untuk mereka yang membawa keluarga. Sewa rumah di Manchester pada 2013 lebih murah berbanding dari Leeds, namun saya difahamkan bahawa mulai September 2014, harga sewa rumah juga semakin meningkat. Kawan-kawan di Bradford, Sheffield pula dapat menyewa kurang £400 bagi sebuah rumah teres di antara 3 ke 4 bilik.
Saya pula hanya menyewa sebuah bilik di sebuah rumah di Kelso Road. Rumah besar 3 tingkat yang mempunyai 7 bedrooms (Big/ Medium/ Small) + 1 ample living room + 2 shower rooms + 1 toilet + 1 bathroom + 1 spacious kitchen. Harga sewa adalah mengikut saiz bilik. Pada Sept 2013, Big room £212, medium £195 dan small £160+ tidak termasuk utilities. Rumah ni design lama tapi biliknya memang besar kalau yang size Big tu, selesa untuk saya 2 beranak. Rumah-rumah lain di kawasan tersebut, ada yang diconvert menjadi "flat", di mana setiap tingkat diconsider sebagai sebuah rumah. Tetapi rumah yang saya sewa tu memang sebuah rumah 3 tingkat.Saya tinggal berlapan dalam 1 rumah tu, living room convert jadi bedroom juga.
Bila tak ada living room ni memang susah juga nak jemput tetamu datang, sebab tak ada tempat nak lepak-lepak. Nak lepak kat meja dapurlah, yang space limited, tapi kadang-kadang kalau housemates tengah masak, memang rasa tak best juga takut tetamu tak selesa dan mengganggu kawan2 tengah masak, walaupun diorang okay je.. tapi kita yang rasa tak sedap hati... Lepas tu, ruang untuk anak bermain pun terhad, hanya bilik bujang itulah tempat dia main, tidur. Memang kesianlah... Tapi pasrah lah, setahun je pun. Memang ada plan nak cari rumah lain dalam masa tu, tp dah sign kontrak pula masa awal2 masuk untuk setahun, jadi leceh sikitlah....
Masa dulu pun memang minta tolong adik yang Undergrad carikan rumah, sebab saya dari Malaysia. Pasrah sajalah dapat rumah macam mana, asal ada tempat je dulu untuk sementara. Sebenarnya memang puas hati, sebab dekat sangat dengan Uni. Hanya 3 minit jalan kaki. Sewa yang sangat murah. Kawan2 lain pula, rumah 3/4 bilik dan jauh sikit, sewa dalam paling murah £200-250. Ni tak termasuk utilities lagi. Sewa sahaja. Lepas tu ramai Malaysian, dekat dengan Grand Mosque, ada kedai barangan basah yang halal, ada kedai makanan yang halal, nak pergi City pun boleh jalan kaki, sekolah anak pun dekat sangat. Kemudahan yang pelbagai.
Ok nanti sambung lagi...
No comments:
Post a Comment