Pages

Tuesday, 25 February 2014

Komuniti Melayu/ Malaysia di Leeds

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masa pertama kali dahulu ketika saya merancang memilih untuk datang ke Leeds, saya cuba mencari group atau page di FB berkenaan komuniti-komuniti di sana. Selain itu, saya juga google untuk mencari jika ada blog berkenaan kehidupan rakyat Malaysia di sana. Saya ada terjumpa beberapa entry lama, di mana kebanyakannya telah pulang ke Malaysia. Dari komuniti di Facebook, saya memohon bantuan untuk mencari tempat tinggal. Alhamdulillah, komuniti tersebut amat membantu dan mengalu-alukan kedatangan orang baru ke Leeds.

Di antara komuniti tersebut ialah:
Malaysian Students and Community of Leeds (MSCL)
Leeds University Malaysian Society (LUMSOC)

Setiap hujung minggu, kebiasaannya komuniti akan mengadakan Usrah. Ketika ini, bolehlah berkumpul mengeratkan silaturahim sesama ahli.

Di dalam FB Group, ada juga membincangkan cara-cara untuk mencari rumah. Pada musim pendaftaran student, kebiasaannya ada pihak yang menawarkan diri untuk menjadi host bagi keluarga atau yang bujang, sementara mencari tempat tinggal yang sesuai. 

Untuk maklumat lanjut, sila daftarkan diri untuk join group tersebut.

No comments: